Link ngan WANI S`LAN:MUTIARA

Saturday, January 16, 2010

Selamatkan Pelajar daripada penyakit Depresi

Terdapat pelbagai persepsi siapakah pelajar kepada kita, yang pasti mereka adalah individu yang pelajar di institusi. Kepada guru, siapakah pelajar kepada anda? Ada sesetengah guru yang hanya mengajar semata-mata dan tidak mempedulikan hati pelajar. HATI PELAJAR PERLU DIJAGA. Mereka sedang belajar daripada insan yang bernama CIKGU. Mengapa menyalahkan kaunselor sekolah semata-mata jika kes displin pelajar meningkat. Setiap yang bernama cikgu mempunyai peranan mendidik mereka.


Pelajar mengalami DEPRESI?, bagaimana untuk mengatasinya?.
Secara umumnya, ada masanya manusia mengalami SAkit JIWA, sakit jiwa disini bukannya bermaksud GILA tetapi lebih kepada konflik dalaman individu. Mengapa saya bercakap mengenai remaja dan secara khususnya pelajar, kerana mereka masih mecari siapakah diri mereka sebenarnya, setiap perasaan tidak selesa haruslah mendapatkan bimbingan daripada yang lebih berpengalaman. contohnya guru.


Tanda-tanda pelajar depresi boleh didapati dalam dialog seperti ' Cikgu, saya rasa sangat susah, kehidupan saya sekarang sangat tidak bermakna, adakalanya saya terasa ingin melarikan diri dari kehidupan'. Pelajar ini mengalami kemurungan. Jika dilihat daripada laporan Persatuan Pakar Psikiatri Malaysia 2005, hampir 2500 orang membunuh diri setiap tahun, kebanyakkan daripadanya mempunyai penyakit mental. Mahukah kita pelajar-pelajar yang masih perlu dididik itu mengalami perkara yang sama?. Depresi menyebabkan individu mengalami kecelaruan psikologikal menyebabkan gangguan emosi seterusnya menyebabkan gangguan kepada kognitif individu.





Contoh lain pelajar sedang mengalami depresi adalah ' Saya sangat letih dan tidak bermaya, saya tidak dapat mengingati apa yang saya baca, saya tidak dapat menumpukan perhatian padahal peperikasaan SPM tidak lama lagi',. Permintaan realistik ibu bapa terhadap anak-anak untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang juga adalah punca mengapa pelajar mengalami stress.



Sekiranya terdapat pelajar yang menunjukkan dirinya mengalami LIMA daripada senarai berikut selama dua minggu berterusan, ini bermakna pelajar tersebut mengidap penyakit DEPRESI MAJOR.


1. Berasa murung sepanjang hari.
2. Minat terharhadap aktiviti merosot.
3. Berat badan menurun dan kurang selera makan.
4. Mengalami masalah tidur atau tidak boleh tidur langsung.
5. Gangguan dalam pergerakan badan atau psikomotor.
6. Berasa letih dan tidak bermaya.
7. Berasa tidak bernilai dan bersalah terhadap tingkah lakunya.
8. Mengalami masalah berfikir, menumpukan perhatian dan membuat keputusan.
9. Seringkali membayangkan kematian dan perasaan ingin membunuh diri.


Individu yang mengalami depresi mempunyai risiko mendapat penyakit jantung dua kali ganda berbanding orang normal. Sistem imun mereka juga adalah lemah. Daripada kajian, penyakit ini selalunya melanda pada perempuan yang berumur antara 15 hingga 19 tahun, dan dalam lingkungan 25 hingga 29 tahun bagi lelaki. Pengidap depresi mempunyai kencenderungan untuk membunuh diri, perempuan sering berniat untuk membunuh diri, tetapi lelaki bukan sahaja berniat malahan mereka benar-benar membunuh diri sendiri.


Bagaimana untuk membantu mereka. Ibubapa berperanan paling penting untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Di sekolah guru kaunseling harus peka terhadap perubahan psikologi para pelajar. Namun, tugas itu bukan hanya dipegang oleh guru kaunseling semata-mata, ia adalah tugas keseluruhan sekolah. BERTINDAK BERSAMA LEBIH MUJARAB, tetapi mudahkah ia dilaksanakan. Fikirlah wahai insan yang bernama GURU, SESUNGGUHNYA PELAJAR ADALAH TANGGUNGJAWAB SEORANG CIKGU. Jangan bunuh pelajar dengan kata-kata.

0 dia berbicara:

"Magical Template" designed by Blogger Buster