Link ngan WANI S`LAN:MUTIARA

Friday, January 15, 2010

Belajar dengan kaedah unik

Setiap individu mempunyai teknik belajar yang dirasakan sesuai dengan dirinya. Bagaimana pula dengan anda?, jika anda adalah seorang pelajar, kemahiran belajar memainkan peranan yang sangat penting.
Bayangkan anda adalah pelajar yang bakal berhadapan dengan peperikasaan besar. PMR, SPM atau STPM? Anda telah mengulangkaji pelajaran dan yakin telah membacanya, masuk sahaja ke dalam dewan peperiksaan dan membuka helaian pertama, anda dapati fakta yang dipelajari seolah-olah hilang dari ingatan. Anda mungkin gugup, tetapi masih cuba menjawab walaupun kurang lengkap. Apa masalahnya? Anda sudah mengulangkaji bukan? fikirkan semula teknik belajar anda. Sudah pasti, tiada seorang pun pelajar yang berharap untuk gagal dalam peperikasaan. Ada kemungkinan anda menghadapi kerisauan menghadapi peperiksaan.


JOM LIHAT beberapa petua mengingat.


1. Perkara yang paling penting adalah TUMPUAN. Mengapa? Ia membantu anda untuk memfokus hanya kepada satu perkara, hasilnya anda lebih mudah menerima dan megingati ilmu yang disampaikan oleh guru.


2. Tukarkan maklumat yang terima kepada yang lebih menarik, seperti tukarkan ia kepada lukisan, lagu atau apa-apa projek yang seumpamanya. Manusia itu adalah unik, begitu juga pelajar, kita berpotensi untuk mengingati sesuatu maklumat yang unik. Anda cuba, anda akan tahu...


3. Ulang semula perkara yang ingin diingat. Cuba ulang apa yang diajar oleh guru. Manusia mudah lupa, salah satu cara untuk mengingat adalah dengan mengulang semula apa yang dipelajari. Jaga masa tidur anda, kekurangan tidur akan menyebabkan kita sukar untuk memberikan tumpuan, jaga makanan anda, kesilapan memilih makanan akan menyebabkan kita menjadi pelupa. Tidur siang penting untuk memulihkan kadar tenaga kita, tetapi terlebih tidur juga akan memaudaratkan otak.

4. Bersoal jawab dengan diri sendiri atau rakan juga akan membantu anda untuk lebih mudah mengingati subjek. Salah satu kaedah adalah berinteraksi dengan diri secara unik adalah, dengan merakam suara anda dengan dan mendengarnya beberapa kali, kemudian tanyalah soalan kepada diri. Anda boleh menjawab soalan bermaksud anda memahami apa yang dipelajari.


5. Jangan belajar dengan STRESS. BELAJARLAH DENGAN SERONOK. Belajarlah dengan santai, santai disini bukan bermaksud belajar sambil main-main, tetapi belajarlah dengan relax dan selesa. Sesetengah pelajar selesa belajar di tempat yang sunyi, sesetengah pelajar selesa belajar sambil mendengar muzik. Apapun pilihan anda, BELAJARLAH DENGAN SERONOK, ia akan memudahkan anda untuk mengingat.

0 dia berbicara:

"Magical Template" designed by Blogger Buster