Link ngan WANI S`LAN:MUTIARA

Saturday, January 2, 2010

Kuatnya seorang wanita

Wanita, perempuan atau gadis. Mereka adalah satu dan aku juga adalah mereka.
Dimanakah kekuatan pada seorang wanita? Air mata yang dikatakan sebagai tanda kelemahan ? mereka mudah terluka kerana memiliki hati yang sangat halus. Anaknya kekuatan dirinya, ia seorang ibu. Suaminya kekuatan dirinya, ia seorang isteri, keluarganya kekuatan dirinya, kerana ia seorang anak. kasih sayang kekuatan dirinya, kerana ia seorang perempuan. Wanita ibarat pantai yang dipukul ombak. Sering dipukul badai, tapi ia masih terdampar tetap disitu. Hati itu yang bernilai, andai kata otak kita terlebih dulu mati, maka matilah kita, tapi jika hati kita mati dulu  maka hitamlah kita.



Aku bertanya pada sahabat itu, apa kedahsyatan yang paling teruk padanya, derita di dalam bahagia atau derita di dalam sengsara? Ia menjawab, derita di dalam bahagia itu akan dipilihnya. Tapi, bukankah derita di dalam sengsara itu sumber kekuatan. Aku pernah berasa seperti itu. Adakalanya, bahagia itu membutakan mata hati. sedangkan penderitaan mengajar kita peka kepada perincian.
Apa pula pengalaman mereka? Setiapnya punyai kisah berbeza.



Ada kisah di setiap sebalik tangsian, mungkin tangsian kegembiraan, kepiluan atau tangsian itu sedang meminta tolong, cuma diri kita yang mampu merasai hati kita, sesakit mana ia, kelemah mana ia, segagal mana ia.... kita yang berhak.
Hati telus, tidak seperti otak.. boleh dikawal dengan paksa. Mengapa kita menangis? Tanyalah hati, apa yang dirasainya?. Mengapa wanita berkata, ia berasa sedih tetapi tidak dapat mengeluarkan air mata? Mungkin ia sedang menangis dalam hati?. Pada aku, kerana ia telah tegar dari kisah itu. Mengetahui ianya akan melanda, tetapi masih merempuhnya, semua kerana anak, suami, keluarga dan ibu bapa.



Walau sekelumit perasaan itu pada hati, hargai ia. Mungkin saja perasaan itu membantu kita menjadi diri kita.Aku belajar dari itu..... Maka, benarkan airmata itu mengalir, kerana anda akan lebih memahami perasaan itu, mungkin ia adalah penderitaan pada hati, namun sekali kita merasainya, kita boleh menghadapi. Hati yang dipukul badai akan begitu. Mungkin bukan akan menjadi lali, sekurang-kurangnya kita memahami keadaan itu dengan lebih baik. Hati seorang wanita, setegar karang.

Wahai kaum adam, wanita diciptakan kepadamu daripada tulang rusukmu, dekat pada hati untuk disayangi dan dilindungi.  




0 dia berbicara:

"Magical Template" designed by Blogger Buster