Link ngan WANI S`LAN:MUTIARA

Monday, January 18, 2010

U smile i smile, they smile we smile

"The life without your smile is a life without meaning."
-- Gary Bloom



"What sunshine is to flowers, smiles are to humanity."
-- George Eliot



 "Start every day off with a smile and get it over with."
-- W. C. Fields



"If you're not using your smile, you're like a man with a million dollars in the bank and no checkbook."
-- Les Giblin



"Smile, it's free therapy."
-- Doug Horton



"Smile will help you to grow up in greater love for each other."


"Beauty is power; a smile is its sword."
-- Charles Reade



"One may smile, and smile, and be a villain."
-- William Shakespeare



"Wrinkles should merely indicate where smiles have been."
-- Mark Twain



"A smile is the light in your window that tells others that there is a caring, sharing person inside."
-- Denis Waitley



"A warm smile is the universal language of kindness."
-- William Arthur Ward 



"Your smile is your first introduction."


"All people smile in the same language."


"A smile is like looking in a mirror. If you give a smile you're likely to get one back!"

"Senyumlah dari hati, anda akan membuatkan orang lain gembira"


"Kadang kala, senyuman bermaksud penghargaan ".

"A smile can bring you near to me"



Did you ever heard of Smiley Land?


Back in the 1800's it was rumored that smileys actually did exit. They were said to be evil little creatures that only came out at night. It as said they spied on humans. And stole all their food.


In the early 1990's this was believed to be untrue... Smileys were thought to be a depressed species, the species that moped around and cried all the time..
In 1952 the speciies had almost all died out, due to overwhelming depression.  Only one smiley remaind..


So, he made a wish...
that everytimes a human smiled.. A new smiley would be born. You went by and nobody ever smiled. He was just about to give up hope. When somebody finally smiled, and a new smiley was born.

Then another..

then another..

and another..

Then began multiplying again. People starting smiling and grinning like crazy. All of sudden, it had become cool to smile again!.
Each cheesy smile ere acceptable.
Weirdo smileys began to surface...


They began to fall in LOVE. 


It began to rain smileys.
They was dancing in the streets.
There was a huge celebration..
They all came together..
And smiley land as formed.

Is there someone you know who could use a smile?
Or perhaps about 300 smileys?
Brighten sombody's day...... Please smile.




Saturday, January 16, 2010

Budaya positif : Hargai orang lain dengan Interaksi Ajaib

TINGGINYA BUDI, INDAHNYA BAHASA.


Terlalu banyak kajian tentang motivasi dan perilaku berkenaan manusia, tapi apa sebenarnya hakikat manusia?. Manusia mampu mendengar dan menerima, input persekitaran itu akan menentukan bagaimana individu memberikan respon. Setiap individu memperoses apa yang diterima daripada persekitaraannya. Sama ada persekitarannya membantu atau sebaliknya akan mempengaruhi individu dalam tiga aspek iaitu, kognitif, afektif dan tingkah laku.


Seorang pelajar sekolah menengah yang sedang berada di dalam P&P. Guru yang sedang mengajar dihadapan menyoal pelajar berkenaan. Jawapan yang diberikan adalah salah. Guru memberikan respon 'Bodohlah awak ni, itu pun tak boleh jawab'. Bagaimana dengan hati pelajar tersebut? Apa kesannya dengan pemikiran pelajar tersebut dan bagaimana kesan kepada prestasinya. Apalah salahnya guru tersebut memilih untuk menggunakan kata-kata yang lebih positif, seperti 'Sila cuba lagi, siapa tahu awak boleh memberikan jawapan yang lain'. kemungkinan besar pelajar tersebut akan lebih bermotivasi untuk belajar dan menghormati guru.
Mungkin kisah anda berbeza, namun kesannya adalah sama. Ia mempengaruhi diri kita, pemikiran kita, perasaan kita dan respon kita.



Apa yang saya tekankan disini adalah budaya mesra dan menjaga pertuturan, hormati orang lain, jangan riak kepada pangkat yang dimiliki, sama ada dari segi interaksi seperti senyuman dan kata-kata dan juga tingkah laku. Bayangkan anda bertemu dengan rakan sekelas anda, tetapi rakan itu langsung tidak memberikan riak wajah positif kepada anda, malahan menunjukkan riak kurang senang. Saya yakin, anda akan kurang selesa dengan rakan tersebut. Emosi anda terganggu.Perhatikan pula tingkah laku anda selepas itu. Bandingkan pula jika anda bertemu dengan rakan yang memberikan salam atau paling tidakpun  menghulurkan senyuman kepada anda, pemikiran dan emosi anda juga akan dipengaruhi oleh perlakuan rakan anda, perhatikan tingkah laku anda selepas itu. Anda cenderung untuk membalas senyuman kepadanya bukan. Persekitaran kita adalah penting, ia akan membentuk bagaimana kita memberikan respon.


Sekiranya sekarang ini, anda sedang bersama dengan teman anda, sila berhenti sebentar. Panggillah nama  rakan di sebelah anda, dan katakan 'saya gembira awak adalah rakan saya'. Perhatikan responnya. Tiada seorang pun manusia di dunia ini yang tidak inginkan dirinya dihargai. Ucapan positif sebegini sama adalah tanda kita menghargainya. Maka ucapkanlah dengan ikhlas.


Bagaimana memupuk cara individu berkata-kata seperti ini, bak kata 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', kanak-kanak harus dididik dengan cara yang positif, sama ada oleh ibu bapa atau guru. Bagaimana untuk melaksanakannya, ianya bermula dari minda, berfikiran positif adalah langkah pertama untuk berkelakuan positif, dan berkata-kata dengan positif.



Bagaimana keadaan individu yang mendengar kata-kata negatif, seperti 'saya benci awak' dan 'awak tak berguna'. Manusia adalah makhluk yang sensitif. Bagaimana untuk menularkan bahasa interaksi positif ini? Apa kata anda mulakan dahulu, murah dengan senyuman, mesra menegur orang dan mudah memberikan ucapan selamat, terima kasih ataupun meminta maaf. Ia adalah antara perkataan ajaib. Anda tidak percaya, anda cuba sendiri. Interaksi ini mampu menghasilkan modal insan yang lebih baik.


Lihat ini,


Tubuh badan manusia mengandungi 75% kandungan air, bagaimana bentuk air dalam badan anda jika anda mendengar kata-kata kesat dan kasar. Molekul air memberikan respon kepada kata-kata, apatah lagi kita sebagai manusia yang diberikan hati untuk merasa. Yang tingginya budi, yang indahnya bahasa, bahasa itu lambang kekayaan, budi mencerminkan keperibadian. 

Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni telah dilancarkan pada tahun 2005, walaupun ianya bukan diistilahkan sebagai akhlak mulia, tetapi ia mempunyai maksud yang sama dan termasuk dalam kepentingan mencapai matlamat wawasan 2020. 
Katakanlah yang baik-baik, dalam agama kita ditekankan untuk menjaga hati dan pertuturan. Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang diperkatakan secara terus terang. Dia maha mengetahui dan mendengar. (Surah An-nisa -ayat 148). Mahukah kita tidak disayangi tuhan?

Saya umpamakan individu sebagai belon dan kata-kata negatif itu adalah jarum. Anda pasti dapat bayangkan, apa akan berlaku jika jarum dicucuk pada belon. Begitu juga dengan hati manusia. Kita mempunyai potensi, jangan mematikan pemikiran positif dengan kata-kata negatif. Berbudi bahasalah. Berbudi bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Jika orang lain kurang berbudi bahasa, ANDA PATUT MULAKAN DAHULU. Ia akan menjadi Bakteria Baik dalam masyarakat. Jangan biarkan persekitaran mengawal kita, kawallah persekitaran anda.

Semoga anda mendapat kata-kata yang baik kerana kata-kata adalah doa. Berinteraksilah secara positif dan berbudi.

Selamatkan Pelajar daripada penyakit Depresi

Terdapat pelbagai persepsi siapakah pelajar kepada kita, yang pasti mereka adalah individu yang pelajar di institusi. Kepada guru, siapakah pelajar kepada anda? Ada sesetengah guru yang hanya mengajar semata-mata dan tidak mempedulikan hati pelajar. HATI PELAJAR PERLU DIJAGA. Mereka sedang belajar daripada insan yang bernama CIKGU. Mengapa menyalahkan kaunselor sekolah semata-mata jika kes displin pelajar meningkat. Setiap yang bernama cikgu mempunyai peranan mendidik mereka.


Pelajar mengalami DEPRESI?, bagaimana untuk mengatasinya?.
Secara umumnya, ada masanya manusia mengalami SAkit JIWA, sakit jiwa disini bukannya bermaksud GILA tetapi lebih kepada konflik dalaman individu. Mengapa saya bercakap mengenai remaja dan secara khususnya pelajar, kerana mereka masih mecari siapakah diri mereka sebenarnya, setiap perasaan tidak selesa haruslah mendapatkan bimbingan daripada yang lebih berpengalaman. contohnya guru.


Tanda-tanda pelajar depresi boleh didapati dalam dialog seperti ' Cikgu, saya rasa sangat susah, kehidupan saya sekarang sangat tidak bermakna, adakalanya saya terasa ingin melarikan diri dari kehidupan'. Pelajar ini mengalami kemurungan. Jika dilihat daripada laporan Persatuan Pakar Psikiatri Malaysia 2005, hampir 2500 orang membunuh diri setiap tahun, kebanyakkan daripadanya mempunyai penyakit mental. Mahukah kita pelajar-pelajar yang masih perlu dididik itu mengalami perkara yang sama?. Depresi menyebabkan individu mengalami kecelaruan psikologikal menyebabkan gangguan emosi seterusnya menyebabkan gangguan kepada kognitif individu.





Contoh lain pelajar sedang mengalami depresi adalah ' Saya sangat letih dan tidak bermaya, saya tidak dapat mengingati apa yang saya baca, saya tidak dapat menumpukan perhatian padahal peperikasaan SPM tidak lama lagi',. Permintaan realistik ibu bapa terhadap anak-anak untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang juga adalah punca mengapa pelajar mengalami stress.



Sekiranya terdapat pelajar yang menunjukkan dirinya mengalami LIMA daripada senarai berikut selama dua minggu berterusan, ini bermakna pelajar tersebut mengidap penyakit DEPRESI MAJOR.


1. Berasa murung sepanjang hari.
2. Minat terharhadap aktiviti merosot.
3. Berat badan menurun dan kurang selera makan.
4. Mengalami masalah tidur atau tidak boleh tidur langsung.
5. Gangguan dalam pergerakan badan atau psikomotor.
6. Berasa letih dan tidak bermaya.
7. Berasa tidak bernilai dan bersalah terhadap tingkah lakunya.
8. Mengalami masalah berfikir, menumpukan perhatian dan membuat keputusan.
9. Seringkali membayangkan kematian dan perasaan ingin membunuh diri.


Individu yang mengalami depresi mempunyai risiko mendapat penyakit jantung dua kali ganda berbanding orang normal. Sistem imun mereka juga adalah lemah. Daripada kajian, penyakit ini selalunya melanda pada perempuan yang berumur antara 15 hingga 19 tahun, dan dalam lingkungan 25 hingga 29 tahun bagi lelaki. Pengidap depresi mempunyai kencenderungan untuk membunuh diri, perempuan sering berniat untuk membunuh diri, tetapi lelaki bukan sahaja berniat malahan mereka benar-benar membunuh diri sendiri.


Bagaimana untuk membantu mereka. Ibubapa berperanan paling penting untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Di sekolah guru kaunseling harus peka terhadap perubahan psikologi para pelajar. Namun, tugas itu bukan hanya dipegang oleh guru kaunseling semata-mata, ia adalah tugas keseluruhan sekolah. BERTINDAK BERSAMA LEBIH MUJARAB, tetapi mudahkah ia dilaksanakan. Fikirlah wahai insan yang bernama GURU, SESUNGGUHNYA PELAJAR ADALAH TANGGUNGJAWAB SEORANG CIKGU. Jangan bunuh pelajar dengan kata-kata.

Friday, January 15, 2010

Belajar dengan kaedah unik

Setiap individu mempunyai teknik belajar yang dirasakan sesuai dengan dirinya. Bagaimana pula dengan anda?, jika anda adalah seorang pelajar, kemahiran belajar memainkan peranan yang sangat penting.
Bayangkan anda adalah pelajar yang bakal berhadapan dengan peperikasaan besar. PMR, SPM atau STPM? Anda telah mengulangkaji pelajaran dan yakin telah membacanya, masuk sahaja ke dalam dewan peperiksaan dan membuka helaian pertama, anda dapati fakta yang dipelajari seolah-olah hilang dari ingatan. Anda mungkin gugup, tetapi masih cuba menjawab walaupun kurang lengkap. Apa masalahnya? Anda sudah mengulangkaji bukan? fikirkan semula teknik belajar anda. Sudah pasti, tiada seorang pun pelajar yang berharap untuk gagal dalam peperikasaan. Ada kemungkinan anda menghadapi kerisauan menghadapi peperiksaan.


JOM LIHAT beberapa petua mengingat.


1. Perkara yang paling penting adalah TUMPUAN. Mengapa? Ia membantu anda untuk memfokus hanya kepada satu perkara, hasilnya anda lebih mudah menerima dan megingati ilmu yang disampaikan oleh guru.


2. Tukarkan maklumat yang terima kepada yang lebih menarik, seperti tukarkan ia kepada lukisan, lagu atau apa-apa projek yang seumpamanya. Manusia itu adalah unik, begitu juga pelajar, kita berpotensi untuk mengingati sesuatu maklumat yang unik. Anda cuba, anda akan tahu...


3. Ulang semula perkara yang ingin diingat. Cuba ulang apa yang diajar oleh guru. Manusia mudah lupa, salah satu cara untuk mengingat adalah dengan mengulang semula apa yang dipelajari. Jaga masa tidur anda, kekurangan tidur akan menyebabkan kita sukar untuk memberikan tumpuan, jaga makanan anda, kesilapan memilih makanan akan menyebabkan kita menjadi pelupa. Tidur siang penting untuk memulihkan kadar tenaga kita, tetapi terlebih tidur juga akan memaudaratkan otak.

4. Bersoal jawab dengan diri sendiri atau rakan juga akan membantu anda untuk lebih mudah mengingati subjek. Salah satu kaedah adalah berinteraksi dengan diri secara unik adalah, dengan merakam suara anda dengan dan mendengarnya beberapa kali, kemudian tanyalah soalan kepada diri. Anda boleh menjawab soalan bermaksud anda memahami apa yang dipelajari.


5. Jangan belajar dengan STRESS. BELAJARLAH DENGAN SERONOK. Belajarlah dengan santai, santai disini bukan bermaksud belajar sambil main-main, tetapi belajarlah dengan relax dan selesa. Sesetengah pelajar selesa belajar di tempat yang sunyi, sesetengah pelajar selesa belajar sambil mendengar muzik. Apapun pilihan anda, BELAJARLAH DENGAN SERONOK, ia akan memudahkan anda untuk mengingat.

Thursday, January 14, 2010

Cinta Zaman Persekolahan

Pernah dengar pelajar sekolah bercinta? Logik?. Tepuk dada tanya selera, kehidupan pelajar yang meningkat remaja adalah menyeronokkan jika kita dapat mengatasi kesemua konflik yang melanda. Cinta zaman persekolahan agak subjektif, ada kalangan guru dan ibubapa membantah isu ini. Tetapi pada saya sendiri, ia tidak salah namun bagaimana persepsi percintaan itu seharusnya didedahkan kepada pelajar sekolah. Kita pernah mendengar guru menghukum pelajar kerana bercinta? Atau mengadakan weeding of the year di sekolah sebagai hukuman kepada pelajar?. Mungkin pengalaman anda berbeza.


Apa baiknya cinta zaman persekolahan?
Sebagai seorang yang meningkat remaja, keperluan dan kasih sayang secara normalnya akan bertukar kepada rakan yang berlainan jantina. Baiknya cinta zaman persekolahan jika terdapatnya PERSAINGAN DALAM PELAJARAN, MEMBERIKAN MOTIVASI KEPADA DIRI PELAJAR, MEMPUNYAI TEMAN UNTUK BERBINCANG dan BERKONGSI. Namun jika pelajar lebih menumpuhkan kepada pasangan daripada pelajaran dan aktiviti sekolah yang lain, mereka boleh hanyut dalam percintaan mereka, HILANG TUMPUAN DALAM PELAJARAN, TEKANAN PERASAAN dan PERSENGKETAAN ANTARA RAKAN SEBAYA.


Cinta itu akan menjadi realiti jika ianya sampai ke alam perkahwinan. Tetapi ia adalah cinta fantasi jika maruah pelajar dipertaruhkan. Mana pilihan anda?. Cinta fantasi boleh menyebabkan kerterlanjuran atau boleh saya katakan cinta yang diberikan oleh syaitan. Cinta zaman persekolah tidaklah diharamkan secara perundangan, tetapi bercinta haruslah berpada-pada, Cinta dengan menggunakan otak dan bukan hati semata-mata.


Ketahuilah.... Apabila pasangan anda suka mengawal. Anda adalah seorang mangsa.

1. Si dia memaksa anda untuk melakukan sesuatu yang anda rasakan tidak perlu.
2. Si dia menentukan bagaimana anda sepatutnya bertingkahlaku, berpakaian dan berkawan.
3. Anda hilang hak untuk membuat keputusan.


JANGAN MENJADI PAK TURUT..... JANGAN....


1. Tertlalu obses dengan pasangan.
2. Tidak tetap pendirian dan tidak memberikan pendapat.
3. Terlalu merendah diri dan berpura-pura.


ANDA MUNGKIN AKAN HILANG KEPUASAN HIDUP, MELUKAKAN BANYAK PIHAK DAN MEMPUNYAI MASALAH DALAM PERHUBUNGAN.


Jadilah diri sendiri, lakukan perkara yang anda sukai dan tidak merosakkan diri anda, TIDAK PERLU UNTUK MEMINTA KEIZINAN UNTUK MELAKUKAN HOBI YANG ANDA SUKAI. Ingatlah keluarga yang tersayang, beritahu pada si dia, dia seharusnya mencintai diri anda yang sebenar dan JANGAN MENGONGKONG JIKA ANDA TIDAK SUKA DIKONGKONG. 
 Jangan jahanamkan diri anda untuk mendapatkan cinta daripada dia. Pilihlah cinta yang membantu, bukan cinta yang merosakkan. Hargai masa persekolahan.



Saturday, January 2, 2010

Kuatnya seorang wanita

Wanita, perempuan atau gadis. Mereka adalah satu dan aku juga adalah mereka.
Dimanakah kekuatan pada seorang wanita? Air mata yang dikatakan sebagai tanda kelemahan ? mereka mudah terluka kerana memiliki hati yang sangat halus. Anaknya kekuatan dirinya, ia seorang ibu. Suaminya kekuatan dirinya, ia seorang isteri, keluarganya kekuatan dirinya, kerana ia seorang anak. kasih sayang kekuatan dirinya, kerana ia seorang perempuan. Wanita ibarat pantai yang dipukul ombak. Sering dipukul badai, tapi ia masih terdampar tetap disitu. Hati itu yang bernilai, andai kata otak kita terlebih dulu mati, maka matilah kita, tapi jika hati kita mati dulu  maka hitamlah kita.



Aku bertanya pada sahabat itu, apa kedahsyatan yang paling teruk padanya, derita di dalam bahagia atau derita di dalam sengsara? Ia menjawab, derita di dalam bahagia itu akan dipilihnya. Tapi, bukankah derita di dalam sengsara itu sumber kekuatan. Aku pernah berasa seperti itu. Adakalanya, bahagia itu membutakan mata hati. sedangkan penderitaan mengajar kita peka kepada perincian.
Apa pula pengalaman mereka? Setiapnya punyai kisah berbeza.



Ada kisah di setiap sebalik tangsian, mungkin tangsian kegembiraan, kepiluan atau tangsian itu sedang meminta tolong, cuma diri kita yang mampu merasai hati kita, sesakit mana ia, kelemah mana ia, segagal mana ia.... kita yang berhak.
Hati telus, tidak seperti otak.. boleh dikawal dengan paksa. Mengapa kita menangis? Tanyalah hati, apa yang dirasainya?. Mengapa wanita berkata, ia berasa sedih tetapi tidak dapat mengeluarkan air mata? Mungkin ia sedang menangis dalam hati?. Pada aku, kerana ia telah tegar dari kisah itu. Mengetahui ianya akan melanda, tetapi masih merempuhnya, semua kerana anak, suami, keluarga dan ibu bapa.



Walau sekelumit perasaan itu pada hati, hargai ia. Mungkin saja perasaan itu membantu kita menjadi diri kita.Aku belajar dari itu..... Maka, benarkan airmata itu mengalir, kerana anda akan lebih memahami perasaan itu, mungkin ia adalah penderitaan pada hati, namun sekali kita merasainya, kita boleh menghadapi. Hati yang dipukul badai akan begitu. Mungkin bukan akan menjadi lali, sekurang-kurangnya kita memahami keadaan itu dengan lebih baik. Hati seorang wanita, setegar karang.

Wahai kaum adam, wanita diciptakan kepadamu daripada tulang rusukmu, dekat pada hati untuk disayangi dan dilindungi.  




"Magical Template" designed by Blogger Buster