Cerita Mama Aku
Lya memandang sawah, mencium bau sawah selepas hujan. papa ada di sebelahnya. Lya ketawa riang walaupun airmatanya merembes keluar. dia menyeka perlahan, papa menepuk bahu Lya perlahan. Lya cuba untuk senyum... papa disisinya tetap tenang. Itulah kebiasaanya sikap En Rezman. Lya tahu, hati papanya sedang menangis. melihat sawah pada mereka seumpama melihat ibu. ingatan Lya meninjau peristiwa tiga tahun lepas... Kisah mama yang membuatkan mereka berani..
........................
Imbas kembali.
Lya terduduk...telefon bimbitnya juga terlepas dari gengaman tangannya. Wajahnya pucat lesi, tiada kata yang terucap.....
semua orang memandang Lya...
mutiara jernih mulai mengalir..
'Mengapa Lya?' tanya Izhar..
'Mama... mama... mama Lya.....' nadanya tersekat-sekat. dadanya juga berombak-ombak menahan sebak. dia tidak berdaya untuk berdiri..... Lya menangis disitu juga.. Izhar semakin binggung.
...........................................
Imbas kembali...............
'mama... mama.....' anak kecil itu berlari-lari anak, ditangannya seekor siput. masih hidup. anak kecil itu sangat riang bermain dengan siput itu. dia ingin menunjukkan siput tersebut kepada mama..
mama senyum melihat Lya, satu-satunya anak tunggal mama dan papa. mama mengelap keringat yang jatuh di dahinya. terik mentari langsung tidak dipedulikannya. papa tiada di sisi mama. pastilah papa berada di pejabat. Bukan papa tidak sanggup menanggung mama dab Lya, cuma Pn Tiara mempunyai hobi bertanam. kebetulan mama mempunyai sebidang tanah, diusahakannya menjadi sawah.
sekali sekala mama menjerit kerana lintah menaiki kakinya. Lya tersenyum sambil memberikan siput tersebut kepada mama.
'mama...mama...., mengapa siput ini masuk ke dalam cengkerangnya bila Lya sentuh ia???'... muka Lya berkerut..
mama senyum... 'Tu rumah dia sayang...., rumah untuk apa???..' mama bertanya.
'rumah untuk perlindungan la mama.... tempat Lya , mama dan papa tinggal'... kemas senyuman Lya, walaupun terserlah ketiadaan gigi depannya. beberapa hari lepas, puan Tiara membawa Lya ke klinik dan giginya dicabut.
'Haaa.. En. siput ni macam tu juga sayang.........
'Oooo.. perlindungan ya ma.... tapi, Lya bukan mahu kacau En siput ni, Lya cuma ingin bermain dengannya ma.....' Lya memuncungkan mulutnya.
mama tersenyum..... ditatapnya anak kecil berusia lapan tahun itu. sememangnya Lya seorang anak yang manja dan sangat suka bertanya.
...............................
Lya menyeka air mata.. dia menekup wajahnya kembali. Izhar semakin kebingungan. Izhar mencapai telefon bimbit Lya. terpapar perkataan 'papa' di atas skrin...
Izhar memberikan salam selepas menekan butang pick up call... di hujung telefon adalah suara seorang perempuan. makcik Zahra, kakak kepada papa Lya.
'Makcik, ini Izhar....'
'Lya bagaiman Iz....'
'Tadi......................., ummm.. Lya dah semakin tenang makcik, sebenarnya apa yang terjadi makcik?'.
'Mama Lya dah tiada Iz....'
Izhar mengucap panjang... matanya menatap tubuh gadis sunti dihadapannya, pasti Lya benar-benar dalam kesedihan. pasti papanya juga. Izhar menepuk bahu Lya perlahan...
'Lya... umm, jom ke hospital. Papa sedang tunggu Lya tu'..Izhar memujuk.
Lya tetap tidak berganjak, Izhar menjadi simpati. dia membiarkan gadis itu sebentar. biar Lya lebih tenang.. perlahan-lahan, Izhar memegang tangan Lya, dia menarik perlahan, Izhar cuba bertenang. Lya cuma menurut arahan non verbal Izhar.
'Lya kena bersabar ya, Allah sayangkan mama, sebab tu mama pergi..'
'Tapi, Lya perlukan mama....' air mata masih jatuh di pipi gadis itu.
'mama Lya pun perlukan Lya....' ayat Izhar berhenti di situ..dia memimpin tangan Lya perlahan-lahan menuju ke Parking kereta, membuka pintu dan memasukkan Lya ke dalam perut kereta. Lya masih kebingungan... dalam perjalanan ke hospital Lya mengalamun lagi...
.............................
mamanya pengsan ketika mengangkat baldi berisi kain. mama terjatuh, kebelakangan ini mama sering sakit-sakit dan pucat. namun tidak ditunjukkan kepada Lya dan papa. keadaan menjadi kelam kabut. papa menjadi binggung, Lya menangis. kebetulan makcik Zahra berkunjung ke rumah mereka pada hari tersebut. Mama dimasukkan ke Hospital, beberapa hari papa memohon cuti kerana ingin menjaga mama.
'Lya pun tak mahu pergi sekolahlah papa'... Lya merungut.
'Tak boleh begitu sayang, papa kan ada, papa akan jaga mama...' balas papa lesu.
Lya kasihan melihat papa, papa tetap tersenyum walaupun jelas kelihatan hatinya menanggung beban itu. sikap kebiasaan papa. atau sikap seorang lelaki. ego?? Lya menundukkan pandangannya. papa menepuk bahu Lya. Lya memeluk papa. dia tidak ingin menangis di sisi lelaki yang berusaha menahan tangis itu. Lya tidak ingin menambahkan kesakitan papa kerana melihatnya menangis.
mama disahkan mengidap penyakit buah pinggang. kedua-dua buah pinggangnya berada pada tahap yang kronik. hanya boleh diselamatkan dengan cara pemindahan buah pinggang sahaja. tapi, untuk masa sekarang mama boleh bergantung kepada mesin. tapi, sampai bila.
En Rezman menghiupakn engin kereta, di depan pagar rumah agam dua tingkat..dia berhenti. En Rezman memerhatikan sekeliling, rumah itu tidak ingin dijejakinya jika dia punya pilihan lain. namun, dia gagahi juga...
dan memberkan salam. rumah agam dua tingkat itu adalah kepunyaan mentuanya. keluarga yang tidak suka kepada perkahwian mereka.
..........................
'bagaimana papa?', tanya Lya penuh harapan setelah sekembalinya En Rezman di Hospital. dia berpaling ke arah cermin sambil melihat isterinya yang masih tido. mukanya pucat, jantungnya berdegup dengan kuat. seolah-olah ada perasaan yang meluap-luap didadanya. Lya melihat papanya, Lya juga terdiam mengikut tindak balas papanya.
'Mereka akan berbincang dulu Lya', papa menjawab perlahan-lahan.walaupun dia amat pasti, ahli keluarga mama berasa berat hati.
apa, mereka ingat mama ni anak angkat ke?? . 'Salah papa Lya,' En Rezman menyalahkan diri. bukannya En. Rezman tidak menawarkan sebelah buah pinggangnya kepada mama. tetapi meurut doktor, adalah lebih baik buah pinggang itu sendiri adalah didermakan dari keluarga mama. papa mengenggam kuat kunci kereta di tangannya. Lya terdiam. 'mengapa keluarga mama tidak mahu membantu mama?'............
kedua-dua mulut mereka terkunci.. mereka memandang mama. mama masih juga belum sedar.
....................
'Pin!!.. Pin!!!.. Izhar yang menekan hon kereta menyedarkan Lya ke alam nyata. Hospital tidak berada jauh. air matanya telah berhenti. sesudah meletakkan kereta, Izhar dan Lya menapak. menapak dengan laju. dari jauh Lya melihat papa duduk di luar wad, menyendiri. mata papa merah, sama sepertinya.
'papa'.. Lya mengegam tangan papa. sejuk. papa cuba menahan tangis. Lya terdiam. dia masih tidak ingin menagis, pastilah hati papanya akan bertambah sakit. papa sudah lama menahan sedih.
Lya memeluk papanya.
............................
'Hujan oh hujan...
mengapa engkau turun....'
nyanyian papa menghentikan semua lamunan Lya. di hadapan mereka terbentang sawah menghijau. di sebelah sawah pula terdapat sebuah padang kuda. Tempat Lya , mama dan papa selalu menghabiskan masa, terutamanya selepas menunggu mama mengemaskan barang-barang di podok yang terletak di sawah itu. Lya dan papa berada di pondok itu kini. pondok itu masih kuat. terasa mama melihat pondok itu...
'macam mana aku tak hujan.. papa panggil aku..
papa..panggil aku....
Lya sengaja mengusik papanya, kerana papanya bernyanyi. papa tersedak tertawa. matanya hampir tidak kelihatan. memang itulah yang terjadi apabila papanya tertawa. mama pandai bernyanyi, suara mama merdu, kalau digandingkan dengan papa, mereka akan menjadi pasangan yang hebat. dan bakat itu diturunkan kepada anak mereka 'Nurul Alya Rezman'. mama dan papa yang memberikan nama itu kepadanya.
gelak tawa mereka masih kedengaran di pondok itu. hujan renyai-renyai mendingginkan suasana, sawah di hadapan mereka hijau segar bermandikan hujan. seolah-olah bayang mama berada di situ, tersenyum dan memerhatikan gelagat dua orang yang paling disayanginya itu. Lya memandang sawah, papa memandang sawah... bayang-bayang mama semakin pudar.
papa menarik nafas panjang..
pada mereka sawah itu pengubat kerinduan kepada mama kerana sawah itu kegemaran mama.
'semoga mama bersemadi dengan aman papa.....' Lya bersuara perlahan.
papa hanya mengangguk, kemudian ia tersenyum......
'Hujan...oh.. hujan.. mengapa engkau turun???'... Lya menyanyi..
'macam mana aku tak turun, Lya panggil aku... Lya panggil aku.....'
papa tergelak besar...
Lya memuncungkan mulut..
kemudian mereka tergelak bersama....
.........................................
0 dia berbicara:
Post a Comment