Link ngan WANI S`LAN:MUTIARA

Thursday, February 4, 2010

Kuasa kata-kata


 

 

  

 

 

  

  

  

  

Mari kita mengamalkan ucapan yang baik-baik dan berdoa sebelum minum dan makan, sebelum mandi ucapkan doa terlebih dahulu ketika air bersentuhan dengan badan dan niatkan mandi kita. Semoga kita beroleh kebaikan dan kesihatan yang berpanjangan dari ucapan dan doa kita untuk diri dan orang lain. Semoga anda sentiasa mendengar kata-kata yang membina dan menjaga bentuk molekul air dalam badan. Ingatlah, setiap benda hidup bertindak balas dengan ucapan positif dan negatif. 

Badan kita mengandungi peratusan air yang paling banyak, bayangkan bagaimana rupa molekul dalam badan kita jika berfikiran negatif dan mendapat kata-kata negatif dari orang lain. Berfikiran positiflah, ia membantu anda. Ingat... anda inginkan ucapan terbaik dari orang lain?? berkata baiklah.
  
  



Monday, January 18, 2010

U smile i smile, they smile we smile

"The life without your smile is a life without meaning."
-- Gary Bloom



"What sunshine is to flowers, smiles are to humanity."
-- George Eliot



 "Start every day off with a smile and get it over with."
-- W. C. Fields



"If you're not using your smile, you're like a man with a million dollars in the bank and no checkbook."
-- Les Giblin



"Smile, it's free therapy."
-- Doug Horton



"Smile will help you to grow up in greater love for each other."


"Beauty is power; a smile is its sword."
-- Charles Reade



"One may smile, and smile, and be a villain."
-- William Shakespeare



"Wrinkles should merely indicate where smiles have been."
-- Mark Twain



"A smile is the light in your window that tells others that there is a caring, sharing person inside."
-- Denis Waitley



"A warm smile is the universal language of kindness."
-- William Arthur Ward 



"Your smile is your first introduction."


"All people smile in the same language."


"A smile is like looking in a mirror. If you give a smile you're likely to get one back!"

"Senyumlah dari hati, anda akan membuatkan orang lain gembira"


"Kadang kala, senyuman bermaksud penghargaan ".

"A smile can bring you near to me"



Did you ever heard of Smiley Land?


Back in the 1800's it was rumored that smileys actually did exit. They were said to be evil little creatures that only came out at night. It as said they spied on humans. And stole all their food.


In the early 1990's this was believed to be untrue... Smileys were thought to be a depressed species, the species that moped around and cried all the time..
In 1952 the speciies had almost all died out, due to overwhelming depression.  Only one smiley remaind..


So, he made a wish...
that everytimes a human smiled.. A new smiley would be born. You went by and nobody ever smiled. He was just about to give up hope. When somebody finally smiled, and a new smiley was born.

Then another..

then another..

and another..

Then began multiplying again. People starting smiling and grinning like crazy. All of sudden, it had become cool to smile again!.
Each cheesy smile ere acceptable.
Weirdo smileys began to surface...


They began to fall in LOVE. 


It began to rain smileys.
They was dancing in the streets.
There was a huge celebration..
They all came together..
And smiley land as formed.

Is there someone you know who could use a smile?
Or perhaps about 300 smileys?
Brighten sombody's day...... Please smile.




Saturday, January 16, 2010

Budaya positif : Hargai orang lain dengan Interaksi Ajaib

TINGGINYA BUDI, INDAHNYA BAHASA.


Terlalu banyak kajian tentang motivasi dan perilaku berkenaan manusia, tapi apa sebenarnya hakikat manusia?. Manusia mampu mendengar dan menerima, input persekitaran itu akan menentukan bagaimana individu memberikan respon. Setiap individu memperoses apa yang diterima daripada persekitaraannya. Sama ada persekitarannya membantu atau sebaliknya akan mempengaruhi individu dalam tiga aspek iaitu, kognitif, afektif dan tingkah laku.


Seorang pelajar sekolah menengah yang sedang berada di dalam P&P. Guru yang sedang mengajar dihadapan menyoal pelajar berkenaan. Jawapan yang diberikan adalah salah. Guru memberikan respon 'Bodohlah awak ni, itu pun tak boleh jawab'. Bagaimana dengan hati pelajar tersebut? Apa kesannya dengan pemikiran pelajar tersebut dan bagaimana kesan kepada prestasinya. Apalah salahnya guru tersebut memilih untuk menggunakan kata-kata yang lebih positif, seperti 'Sila cuba lagi, siapa tahu awak boleh memberikan jawapan yang lain'. kemungkinan besar pelajar tersebut akan lebih bermotivasi untuk belajar dan menghormati guru.
Mungkin kisah anda berbeza, namun kesannya adalah sama. Ia mempengaruhi diri kita, pemikiran kita, perasaan kita dan respon kita.



Apa yang saya tekankan disini adalah budaya mesra dan menjaga pertuturan, hormati orang lain, jangan riak kepada pangkat yang dimiliki, sama ada dari segi interaksi seperti senyuman dan kata-kata dan juga tingkah laku. Bayangkan anda bertemu dengan rakan sekelas anda, tetapi rakan itu langsung tidak memberikan riak wajah positif kepada anda, malahan menunjukkan riak kurang senang. Saya yakin, anda akan kurang selesa dengan rakan tersebut. Emosi anda terganggu.Perhatikan pula tingkah laku anda selepas itu. Bandingkan pula jika anda bertemu dengan rakan yang memberikan salam atau paling tidakpun  menghulurkan senyuman kepada anda, pemikiran dan emosi anda juga akan dipengaruhi oleh perlakuan rakan anda, perhatikan tingkah laku anda selepas itu. Anda cenderung untuk membalas senyuman kepadanya bukan. Persekitaran kita adalah penting, ia akan membentuk bagaimana kita memberikan respon.


Sekiranya sekarang ini, anda sedang bersama dengan teman anda, sila berhenti sebentar. Panggillah nama  rakan di sebelah anda, dan katakan 'saya gembira awak adalah rakan saya'. Perhatikan responnya. Tiada seorang pun manusia di dunia ini yang tidak inginkan dirinya dihargai. Ucapan positif sebegini sama adalah tanda kita menghargainya. Maka ucapkanlah dengan ikhlas.


Bagaimana memupuk cara individu berkata-kata seperti ini, bak kata 'melentur buluh biarlah dari rebungnya', kanak-kanak harus dididik dengan cara yang positif, sama ada oleh ibu bapa atau guru. Bagaimana untuk melaksanakannya, ianya bermula dari minda, berfikiran positif adalah langkah pertama untuk berkelakuan positif, dan berkata-kata dengan positif.



Bagaimana keadaan individu yang mendengar kata-kata negatif, seperti 'saya benci awak' dan 'awak tak berguna'. Manusia adalah makhluk yang sensitif. Bagaimana untuk menularkan bahasa interaksi positif ini? Apa kata anda mulakan dahulu, murah dengan senyuman, mesra menegur orang dan mudah memberikan ucapan selamat, terima kasih ataupun meminta maaf. Ia adalah antara perkataan ajaib. Anda tidak percaya, anda cuba sendiri. Interaksi ini mampu menghasilkan modal insan yang lebih baik.


Lihat ini,


Tubuh badan manusia mengandungi 75% kandungan air, bagaimana bentuk air dalam badan anda jika anda mendengar kata-kata kesat dan kasar. Molekul air memberikan respon kepada kata-kata, apatah lagi kita sebagai manusia yang diberikan hati untuk merasa. Yang tingginya budi, yang indahnya bahasa, bahasa itu lambang kekayaan, budi mencerminkan keperibadian. 

Kempen budi bahasa dan nilai-nilai murni telah dilancarkan pada tahun 2005, walaupun ianya bukan diistilahkan sebagai akhlak mulia, tetapi ia mempunyai maksud yang sama dan termasuk dalam kepentingan mencapai matlamat wawasan 2020. 
Katakanlah yang baik-baik, dalam agama kita ditekankan untuk menjaga hati dan pertuturan. Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang diperkatakan secara terus terang. Dia maha mengetahui dan mendengar. (Surah An-nisa -ayat 148). Mahukah kita tidak disayangi tuhan?

Saya umpamakan individu sebagai belon dan kata-kata negatif itu adalah jarum. Anda pasti dapat bayangkan, apa akan berlaku jika jarum dicucuk pada belon. Begitu juga dengan hati manusia. Kita mempunyai potensi, jangan mematikan pemikiran positif dengan kata-kata negatif. Berbudi bahasalah. Berbudi bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Jika orang lain kurang berbudi bahasa, ANDA PATUT MULAKAN DAHULU. Ia akan menjadi Bakteria Baik dalam masyarakat. Jangan biarkan persekitaran mengawal kita, kawallah persekitaran anda.

Semoga anda mendapat kata-kata yang baik kerana kata-kata adalah doa. Berinteraksilah secara positif dan berbudi.

Selamatkan Pelajar daripada penyakit Depresi

Terdapat pelbagai persepsi siapakah pelajar kepada kita, yang pasti mereka adalah individu yang pelajar di institusi. Kepada guru, siapakah pelajar kepada anda? Ada sesetengah guru yang hanya mengajar semata-mata dan tidak mempedulikan hati pelajar. HATI PELAJAR PERLU DIJAGA. Mereka sedang belajar daripada insan yang bernama CIKGU. Mengapa menyalahkan kaunselor sekolah semata-mata jika kes displin pelajar meningkat. Setiap yang bernama cikgu mempunyai peranan mendidik mereka.


Pelajar mengalami DEPRESI?, bagaimana untuk mengatasinya?.
Secara umumnya, ada masanya manusia mengalami SAkit JIWA, sakit jiwa disini bukannya bermaksud GILA tetapi lebih kepada konflik dalaman individu. Mengapa saya bercakap mengenai remaja dan secara khususnya pelajar, kerana mereka masih mecari siapakah diri mereka sebenarnya, setiap perasaan tidak selesa haruslah mendapatkan bimbingan daripada yang lebih berpengalaman. contohnya guru.


Tanda-tanda pelajar depresi boleh didapati dalam dialog seperti ' Cikgu, saya rasa sangat susah, kehidupan saya sekarang sangat tidak bermakna, adakalanya saya terasa ingin melarikan diri dari kehidupan'. Pelajar ini mengalami kemurungan. Jika dilihat daripada laporan Persatuan Pakar Psikiatri Malaysia 2005, hampir 2500 orang membunuh diri setiap tahun, kebanyakkan daripadanya mempunyai penyakit mental. Mahukah kita pelajar-pelajar yang masih perlu dididik itu mengalami perkara yang sama?. Depresi menyebabkan individu mengalami kecelaruan psikologikal menyebabkan gangguan emosi seterusnya menyebabkan gangguan kepada kognitif individu.





Contoh lain pelajar sedang mengalami depresi adalah ' Saya sangat letih dan tidak bermaya, saya tidak dapat mengingati apa yang saya baca, saya tidak dapat menumpukan perhatian padahal peperikasaan SPM tidak lama lagi',. Permintaan realistik ibu bapa terhadap anak-anak untuk mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang juga adalah punca mengapa pelajar mengalami stress.



Sekiranya terdapat pelajar yang menunjukkan dirinya mengalami LIMA daripada senarai berikut selama dua minggu berterusan, ini bermakna pelajar tersebut mengidap penyakit DEPRESI MAJOR.


1. Berasa murung sepanjang hari.
2. Minat terharhadap aktiviti merosot.
3. Berat badan menurun dan kurang selera makan.
4. Mengalami masalah tidur atau tidak boleh tidur langsung.
5. Gangguan dalam pergerakan badan atau psikomotor.
6. Berasa letih dan tidak bermaya.
7. Berasa tidak bernilai dan bersalah terhadap tingkah lakunya.
8. Mengalami masalah berfikir, menumpukan perhatian dan membuat keputusan.
9. Seringkali membayangkan kematian dan perasaan ingin membunuh diri.


Individu yang mengalami depresi mempunyai risiko mendapat penyakit jantung dua kali ganda berbanding orang normal. Sistem imun mereka juga adalah lemah. Daripada kajian, penyakit ini selalunya melanda pada perempuan yang berumur antara 15 hingga 19 tahun, dan dalam lingkungan 25 hingga 29 tahun bagi lelaki. Pengidap depresi mempunyai kencenderungan untuk membunuh diri, perempuan sering berniat untuk membunuh diri, tetapi lelaki bukan sahaja berniat malahan mereka benar-benar membunuh diri sendiri.


Bagaimana untuk membantu mereka. Ibubapa berperanan paling penting untuk mendidik dan menjaga anak-anak. Di sekolah guru kaunseling harus peka terhadap perubahan psikologi para pelajar. Namun, tugas itu bukan hanya dipegang oleh guru kaunseling semata-mata, ia adalah tugas keseluruhan sekolah. BERTINDAK BERSAMA LEBIH MUJARAB, tetapi mudahkah ia dilaksanakan. Fikirlah wahai insan yang bernama GURU, SESUNGGUHNYA PELAJAR ADALAH TANGGUNGJAWAB SEORANG CIKGU. Jangan bunuh pelajar dengan kata-kata.

Friday, January 15, 2010

Belajar dengan kaedah unik

Setiap individu mempunyai teknik belajar yang dirasakan sesuai dengan dirinya. Bagaimana pula dengan anda?, jika anda adalah seorang pelajar, kemahiran belajar memainkan peranan yang sangat penting.
Bayangkan anda adalah pelajar yang bakal berhadapan dengan peperikasaan besar. PMR, SPM atau STPM? Anda telah mengulangkaji pelajaran dan yakin telah membacanya, masuk sahaja ke dalam dewan peperiksaan dan membuka helaian pertama, anda dapati fakta yang dipelajari seolah-olah hilang dari ingatan. Anda mungkin gugup, tetapi masih cuba menjawab walaupun kurang lengkap. Apa masalahnya? Anda sudah mengulangkaji bukan? fikirkan semula teknik belajar anda. Sudah pasti, tiada seorang pun pelajar yang berharap untuk gagal dalam peperikasaan. Ada kemungkinan anda menghadapi kerisauan menghadapi peperiksaan.


JOM LIHAT beberapa petua mengingat.


1. Perkara yang paling penting adalah TUMPUAN. Mengapa? Ia membantu anda untuk memfokus hanya kepada satu perkara, hasilnya anda lebih mudah menerima dan megingati ilmu yang disampaikan oleh guru.


2. Tukarkan maklumat yang terima kepada yang lebih menarik, seperti tukarkan ia kepada lukisan, lagu atau apa-apa projek yang seumpamanya. Manusia itu adalah unik, begitu juga pelajar, kita berpotensi untuk mengingati sesuatu maklumat yang unik. Anda cuba, anda akan tahu...


3. Ulang semula perkara yang ingin diingat. Cuba ulang apa yang diajar oleh guru. Manusia mudah lupa, salah satu cara untuk mengingat adalah dengan mengulang semula apa yang dipelajari. Jaga masa tidur anda, kekurangan tidur akan menyebabkan kita sukar untuk memberikan tumpuan, jaga makanan anda, kesilapan memilih makanan akan menyebabkan kita menjadi pelupa. Tidur siang penting untuk memulihkan kadar tenaga kita, tetapi terlebih tidur juga akan memaudaratkan otak.

4. Bersoal jawab dengan diri sendiri atau rakan juga akan membantu anda untuk lebih mudah mengingati subjek. Salah satu kaedah adalah berinteraksi dengan diri secara unik adalah, dengan merakam suara anda dengan dan mendengarnya beberapa kali, kemudian tanyalah soalan kepada diri. Anda boleh menjawab soalan bermaksud anda memahami apa yang dipelajari.


5. Jangan belajar dengan STRESS. BELAJARLAH DENGAN SERONOK. Belajarlah dengan santai, santai disini bukan bermaksud belajar sambil main-main, tetapi belajarlah dengan relax dan selesa. Sesetengah pelajar selesa belajar di tempat yang sunyi, sesetengah pelajar selesa belajar sambil mendengar muzik. Apapun pilihan anda, BELAJARLAH DENGAN SERONOK, ia akan memudahkan anda untuk mengingat.

Thursday, January 14, 2010

Cinta Zaman Persekolahan

Pernah dengar pelajar sekolah bercinta? Logik?. Tepuk dada tanya selera, kehidupan pelajar yang meningkat remaja adalah menyeronokkan jika kita dapat mengatasi kesemua konflik yang melanda. Cinta zaman persekolahan agak subjektif, ada kalangan guru dan ibubapa membantah isu ini. Tetapi pada saya sendiri, ia tidak salah namun bagaimana persepsi percintaan itu seharusnya didedahkan kepada pelajar sekolah. Kita pernah mendengar guru menghukum pelajar kerana bercinta? Atau mengadakan weeding of the year di sekolah sebagai hukuman kepada pelajar?. Mungkin pengalaman anda berbeza.


Apa baiknya cinta zaman persekolahan?
Sebagai seorang yang meningkat remaja, keperluan dan kasih sayang secara normalnya akan bertukar kepada rakan yang berlainan jantina. Baiknya cinta zaman persekolahan jika terdapatnya PERSAINGAN DALAM PELAJARAN, MEMBERIKAN MOTIVASI KEPADA DIRI PELAJAR, MEMPUNYAI TEMAN UNTUK BERBINCANG dan BERKONGSI. Namun jika pelajar lebih menumpuhkan kepada pasangan daripada pelajaran dan aktiviti sekolah yang lain, mereka boleh hanyut dalam percintaan mereka, HILANG TUMPUAN DALAM PELAJARAN, TEKANAN PERASAAN dan PERSENGKETAAN ANTARA RAKAN SEBAYA.


Cinta itu akan menjadi realiti jika ianya sampai ke alam perkahwinan. Tetapi ia adalah cinta fantasi jika maruah pelajar dipertaruhkan. Mana pilihan anda?. Cinta fantasi boleh menyebabkan kerterlanjuran atau boleh saya katakan cinta yang diberikan oleh syaitan. Cinta zaman persekolah tidaklah diharamkan secara perundangan, tetapi bercinta haruslah berpada-pada, Cinta dengan menggunakan otak dan bukan hati semata-mata.


Ketahuilah.... Apabila pasangan anda suka mengawal. Anda adalah seorang mangsa.

1. Si dia memaksa anda untuk melakukan sesuatu yang anda rasakan tidak perlu.
2. Si dia menentukan bagaimana anda sepatutnya bertingkahlaku, berpakaian dan berkawan.
3. Anda hilang hak untuk membuat keputusan.


JANGAN MENJADI PAK TURUT..... JANGAN....


1. Tertlalu obses dengan pasangan.
2. Tidak tetap pendirian dan tidak memberikan pendapat.
3. Terlalu merendah diri dan berpura-pura.


ANDA MUNGKIN AKAN HILANG KEPUASAN HIDUP, MELUKAKAN BANYAK PIHAK DAN MEMPUNYAI MASALAH DALAM PERHUBUNGAN.


Jadilah diri sendiri, lakukan perkara yang anda sukai dan tidak merosakkan diri anda, TIDAK PERLU UNTUK MEMINTA KEIZINAN UNTUK MELAKUKAN HOBI YANG ANDA SUKAI. Ingatlah keluarga yang tersayang, beritahu pada si dia, dia seharusnya mencintai diri anda yang sebenar dan JANGAN MENGONGKONG JIKA ANDA TIDAK SUKA DIKONGKONG. 
 Jangan jahanamkan diri anda untuk mendapatkan cinta daripada dia. Pilihlah cinta yang membantu, bukan cinta yang merosakkan. Hargai masa persekolahan.



Saturday, January 2, 2010

Kuatnya seorang wanita

Wanita, perempuan atau gadis. Mereka adalah satu dan aku juga adalah mereka.
Dimanakah kekuatan pada seorang wanita? Air mata yang dikatakan sebagai tanda kelemahan ? mereka mudah terluka kerana memiliki hati yang sangat halus. Anaknya kekuatan dirinya, ia seorang ibu. Suaminya kekuatan dirinya, ia seorang isteri, keluarganya kekuatan dirinya, kerana ia seorang anak. kasih sayang kekuatan dirinya, kerana ia seorang perempuan. Wanita ibarat pantai yang dipukul ombak. Sering dipukul badai, tapi ia masih terdampar tetap disitu. Hati itu yang bernilai, andai kata otak kita terlebih dulu mati, maka matilah kita, tapi jika hati kita mati dulu  maka hitamlah kita.



Aku bertanya pada sahabat itu, apa kedahsyatan yang paling teruk padanya, derita di dalam bahagia atau derita di dalam sengsara? Ia menjawab, derita di dalam bahagia itu akan dipilihnya. Tapi, bukankah derita di dalam sengsara itu sumber kekuatan. Aku pernah berasa seperti itu. Adakalanya, bahagia itu membutakan mata hati. sedangkan penderitaan mengajar kita peka kepada perincian.
Apa pula pengalaman mereka? Setiapnya punyai kisah berbeza.



Ada kisah di setiap sebalik tangsian, mungkin tangsian kegembiraan, kepiluan atau tangsian itu sedang meminta tolong, cuma diri kita yang mampu merasai hati kita, sesakit mana ia, kelemah mana ia, segagal mana ia.... kita yang berhak.
Hati telus, tidak seperti otak.. boleh dikawal dengan paksa. Mengapa kita menangis? Tanyalah hati, apa yang dirasainya?. Mengapa wanita berkata, ia berasa sedih tetapi tidak dapat mengeluarkan air mata? Mungkin ia sedang menangis dalam hati?. Pada aku, kerana ia telah tegar dari kisah itu. Mengetahui ianya akan melanda, tetapi masih merempuhnya, semua kerana anak, suami, keluarga dan ibu bapa.



Walau sekelumit perasaan itu pada hati, hargai ia. Mungkin saja perasaan itu membantu kita menjadi diri kita.Aku belajar dari itu..... Maka, benarkan airmata itu mengalir, kerana anda akan lebih memahami perasaan itu, mungkin ia adalah penderitaan pada hati, namun sekali kita merasainya, kita boleh menghadapi. Hati yang dipukul badai akan begitu. Mungkin bukan akan menjadi lali, sekurang-kurangnya kita memahami keadaan itu dengan lebih baik. Hati seorang wanita, setegar karang.

Wahai kaum adam, wanita diciptakan kepadamu daripada tulang rusukmu, dekat pada hati untuk disayangi dan dilindungi.  




Wednesday, October 28, 2009

Sedikit Bahasa Dusun

Asas Percakapan Korea

menariknya belajar bahasa Korea...

ne (ye) - ya

Anio - tidak/bukan

yoboseyo - hello

Anyong habseyo - Apa khabar

Annyeong hi gyeseyo - selamat tinggal

Annyeong hi gaseyo - selamat jalan

Eoseo oseyo - selamat datang.

gomapreumnida / Gamsahamnida - terima kasih

cheonmaneyo - kembali / sama-sama

Mianhamnida / Joesong-hamnida - minta maaf / mohon maaf.

Gwaenchansseumnida / Gwenchanayo - tidak apa-apa.

Bila hati aku berkata kepada aku

kehidupan???
bagaimana kalian memandang kehidupan??
tanyalah diri..
sudah berapa banyak anda membahagiakan orang lain??
banyak? atau sedikit??


ya.. membahagiakan orang lain adalah baik.. sangat mulia.
bagaimana pula dengan diri sendiri???
apakah diri juga bahagia. bahagia bagaimana?
apakah anda pasti orang  yang anda cuba untuk bahagiakan itu sedang berbahagia kerana tindakan anda?


manusia adalah makhluk yang tidak pernah puas. mengejar kebahagiaan sementara. tapi, bukan namanya manusia jika tidak mudah alpa. kita bukan nabi. Tuhan ada... bila kita ingin tuhan jaga kita, kita lupa kita selalu lupa tuhan. sedangkan setiap masa dia melihat kita. apakah kita semakin jauh dari dia??.


kehidupan...
bagaimana anda melihat kehidupan.
kerana adanya kehidupan, kita berasa sakit..
bahagia..
menangis..
ketawa...
tapi, kadang-kadang bila kita berasa sakit disebabkan orang lain.. cubalah tengok dari sudut orang itu pula. sejahtera bahagiakah dia kerana kita? belum pasti lagi. semua orang ada hati... sudah pastilah kita ingin bahagia.. menilai dari sudut sendiri?? itu pentingkan diri namanya.

betulkah??



mengapa kehidupan ini kadang-kadang zalim?? tuhan tidak akan datangkan ujian yang tidak termampu ditanggung oleh hambanya. bersyukurlah kerana setiap kita mempunyai kekuatan.
mungkin kesakitan itu adalah penyuci dosa,
atau.... petanda rezeki.


kerana..
tiada siapa yang lebih sayangkan kita berbanding tuhan....


P/s : bersyukurlah wahai wani.. hehehe

Sunday, October 25, 2009

Cerita Mama Aku

Lya memandang sawah, mencium bau sawah selepas hujan. papa ada di sebelahnya. Lya ketawa riang walaupun airmatanya merembes keluar. dia menyeka perlahan, papa menepuk bahu Lya perlahan. Lya cuba untuk senyum... papa disisinya tetap tenang. Itulah kebiasaanya sikap En Rezman. Lya tahu, hati papanya sedang menangis. melihat sawah pada mereka seumpama melihat ibu. ingatan Lya meninjau peristiwa tiga tahun lepas... Kisah mama yang membuatkan mereka berani..



........................


Imbas kembali.


Lya terduduk...telefon bimbitnya juga terlepas dari gengaman tangannya. Wajahnya pucat lesi, tiada kata yang terucap.....
semua orang memandang Lya...
mutiara jernih mulai mengalir..
'Mengapa  Lya?' tanya Izhar..
'Mama... mama... mama Lya.....' nadanya tersekat-sekat. dadanya juga berombak-ombak menahan sebak. dia tidak berdaya untuk berdiri..... Lya menangis disitu juga.. Izhar semakin binggung.


...........................................

Imbas kembali...............



'mama... mama.....' anak kecil itu berlari-lari anak, ditangannya seekor siput. masih hidup. anak kecil itu sangat riang bermain dengan siput itu. dia ingin menunjukkan siput tersebut kepada mama..


mama senyum melihat Lya, satu-satunya anak tunggal mama dan papa. mama mengelap keringat yang jatuh di dahinya. terik mentari langsung tidak dipedulikannya. papa tiada di sisi mama. pastilah papa berada di pejabat. Bukan papa tidak sanggup menanggung mama dab Lya, cuma Pn Tiara mempunyai hobi bertanam. kebetulan mama mempunyai sebidang tanah, diusahakannya menjadi sawah.


sekali sekala mama menjerit kerana lintah menaiki kakinya. Lya tersenyum sambil memberikan siput tersebut kepada mama.
'mama...mama...., mengapa siput ini masuk ke dalam cengkerangnya bila Lya sentuh ia???'... muka Lya berkerut..


mama senyum... 'Tu rumah dia sayang...., rumah untuk apa???..' mama bertanya.


'rumah untuk perlindungan la mama.... tempat Lya , mama dan papa tinggal'... kemas senyuman Lya, walaupun terserlah ketiadaan gigi depannya. beberapa hari lepas, puan Tiara membawa Lya ke klinik dan giginya dicabut.


'Haaa.. En. siput ni macam tu juga sayang.........


'Oooo.. perlindungan ya ma.... tapi, Lya bukan mahu kacau En siput ni, Lya cuma ingin bermain dengannya ma.....' Lya memuncungkan mulutnya.



mama tersenyum..... ditatapnya anak kecil berusia lapan tahun itu. sememangnya Lya seorang anak yang manja dan sangat suka bertanya.



...............................


Lya menyeka air mata.. dia menekup wajahnya kembali. Izhar semakin kebingungan. Izhar mencapai telefon bimbit Lya. terpapar perkataan 'papa' di atas skrin...
Izhar memberikan salam selepas menekan butang pick up call... di hujung telefon adalah suara seorang perempuan. makcik Zahra, kakak kepada papa Lya.


'Makcik, ini Izhar....'

'Lya bagaiman Iz....'



'Tadi......................., ummm.. Lya dah semakin tenang makcik, sebenarnya apa yang terjadi makcik?'.


'Mama Lya dah tiada Iz....'


Izhar mengucap panjang... matanya menatap tubuh gadis sunti dihadapannya, pasti Lya benar-benar dalam kesedihan. pasti papanya juga. Izhar menepuk bahu Lya perlahan...
'Lya... umm, jom ke hospital. Papa sedang tunggu Lya tu'..Izhar memujuk.


Lya tetap tidak berganjak, Izhar menjadi simpati. dia membiarkan gadis itu sebentar. biar Lya lebih tenang.. perlahan-lahan, Izhar memegang tangan Lya, dia menarik perlahan, Izhar cuba bertenang. Lya cuma menurut arahan non verbal Izhar.


'Lya kena bersabar ya, Allah sayangkan mama, sebab tu mama pergi..'

'Tapi, Lya perlukan mama....' air mata masih jatuh di pipi gadis itu.


'mama Lya pun perlukan Lya....' ayat Izhar berhenti di situ..dia memimpin tangan Lya perlahan-lahan menuju ke Parking kereta, membuka pintu dan memasukkan Lya ke dalam perut kereta. Lya masih kebingungan... dalam perjalanan ke hospital Lya mengalamun lagi...


.............................


mamanya pengsan ketika mengangkat baldi berisi kain. mama terjatuh, kebelakangan ini mama sering sakit-sakit dan pucat. namun tidak ditunjukkan kepada Lya dan papa. keadaan menjadi kelam kabut. papa menjadi binggung, Lya menangis. kebetulan makcik Zahra berkunjung ke rumah mereka pada hari tersebut. Mama dimasukkan ke Hospital, beberapa hari papa memohon cuti kerana ingin menjaga mama.


'Lya pun tak mahu pergi sekolahlah papa'... Lya merungut.


'Tak boleh begitu sayang, papa kan ada, papa akan jaga mama...' balas papa lesu.


Lya kasihan melihat papa, papa tetap tersenyum walaupun jelas kelihatan hatinya menanggung beban itu. sikap  kebiasaan papa. atau sikap seorang lelaki. ego?? Lya menundukkan pandangannya. papa menepuk bahu Lya. Lya memeluk papa. dia tidak ingin menangis di sisi lelaki yang berusaha menahan tangis itu. Lya tidak ingin menambahkan kesakitan papa kerana melihatnya menangis.


mama disahkan mengidap penyakit buah pinggang. kedua-dua buah pinggangnya berada pada tahap yang kronik. hanya boleh diselamatkan dengan cara pemindahan buah pinggang sahaja. tapi, untuk masa sekarang mama boleh bergantung kepada mesin. tapi, sampai bila.


En Rezman menghiupakn engin kereta, di depan pagar rumah agam dua tingkat..dia berhenti. En Rezman memerhatikan sekeliling, rumah itu tidak ingin dijejakinya jika dia punya pilihan lain. namun, dia gagahi juga...
dan memberkan salam. rumah agam dua tingkat itu adalah kepunyaan mentuanya. keluarga yang tidak suka kepada perkahwian mereka.
..........................


'bagaimana papa?', tanya Lya penuh harapan setelah sekembalinya En Rezman di Hospital. dia berpaling ke arah cermin sambil melihat isterinya yang masih tido. mukanya pucat, jantungnya berdegup dengan kuat. seolah-olah ada perasaan yang meluap-luap didadanya. Lya melihat papanya, Lya juga terdiam mengikut tindak balas papanya.
'Mereka akan berbincang dulu Lya', papa menjawab perlahan-lahan.walaupun dia amat pasti, ahli keluarga mama berasa berat hati.



apa, mereka ingat mama ni anak angkat ke?? . 'Salah papa Lya,' En Rezman menyalahkan diri. bukannya En. Rezman tidak menawarkan sebelah  buah pinggangnya kepada mama. tetapi meurut doktor, adalah lebih baik buah pinggang itu sendiri adalah didermakan dari keluarga mama. papa mengenggam kuat kunci kereta di tangannya. Lya terdiam. 'mengapa keluarga mama tidak mahu membantu mama?'............
kedua-dua mulut mereka terkunci.. mereka memandang mama. mama masih juga belum sedar.


....................


'Pin!!.. Pin!!!.. Izhar yang menekan  hon kereta menyedarkan Lya ke alam nyata. Hospital tidak berada jauh. air matanya telah berhenti. sesudah meletakkan kereta, Izhar dan Lya menapak. menapak dengan laju. dari jauh Lya melihat papa duduk di luar wad, menyendiri. mata papa merah, sama sepertinya. 
'papa'.. Lya mengegam tangan papa. sejuk. papa cuba menahan tangis. Lya terdiam. dia masih tidak ingin menagis, pastilah hati papanya akan bertambah sakit. papa sudah lama menahan sedih.
Lya memeluk papanya.


............................


'Hujan oh hujan...
mengapa engkau turun....'


nyanyian papa menghentikan semua lamunan Lya. di hadapan mereka terbentang sawah menghijau. di sebelah sawah pula terdapat sebuah padang kuda. Tempat Lya , mama dan papa selalu menghabiskan masa, terutamanya selepas menunggu mama mengemaskan barang-barang di podok yang terletak di sawah itu. Lya dan papa berada di pondok itu kini. pondok itu masih kuat. terasa mama melihat pondok itu... 


'macam mana aku tak hujan.. papa panggil aku.. 
papa..panggil aku....


Lya sengaja mengusik papanya, kerana papanya bernyanyi. papa tersedak tertawa. matanya hampir tidak kelihatan. memang itulah yang terjadi apabila papanya tertawa. mama pandai bernyanyi, suara mama merdu, kalau digandingkan dengan papa, mereka akan menjadi pasangan yang hebat. dan bakat itu diturunkan kepada anak mereka 'Nurul Alya Rezman'. mama dan papa yang memberikan nama itu kepadanya.


gelak tawa mereka masih kedengaran di pondok itu. hujan renyai-renyai mendingginkan suasana, sawah di hadapan mereka hijau segar bermandikan hujan. seolah-olah bayang mama berada di situ, tersenyum dan memerhatikan gelagat dua orang yang paling disayanginya itu. Lya memandang sawah, papa memandang sawah... bayang-bayang mama semakin pudar.
papa menarik nafas panjang..
pada mereka sawah itu pengubat kerinduan kepada mama kerana sawah itu kegemaran mama.
'semoga mama bersemadi dengan aman papa.....' Lya bersuara perlahan.
papa hanya mengangguk, kemudian ia tersenyum......


'Hujan...oh.. hujan.. mengapa engkau turun???'... Lya menyanyi..


'macam mana aku tak turun, Lya panggil aku... Lya panggil aku.....'
papa tergelak besar...
Lya memuncungkan mulut..
kemudian mereka tergelak bersama.... 


.........................................

Tuesday, September 29, 2009

Can you be my 'Penguin?'.

'uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhh!, mengantuknya aku..... lambat lagi ke cikgu shera ni nak masuk! punggung aku dah mengamuk dah duduk atas kerusi ni...huhu,.... malas la..' wira merungut sambil mengusut masaikan rambutnya sendiri.



'kelas..........................' ketua kelas, Iman memberikan arahan mengucapkan selamat kepada cikgu shera. di sisi cikgu shera adalah seorang gadis. pelajar baru? semua mata tertumpu kepada gadis itu. dia menundukkan muka. telinganya terasa panas. 

'kelaaaaas............ ni kawan baru kamu semua, namanya, wendy ni anak kacukan sino kadazan, diharap kamu semua boleh berkawan dan membantu wendy'. wendy boleh pergi duduk'. arah cikgu shera sambil tersenyum..

wira memandang wendy dengan tepat, hanya ada satu sahaja meja yang kosong di kelas tingkatan 5 Dahlia tersebut, dan meja itu adalah meja di sebelah wira. anak mata wira mengekori langkah wendy, wira memandang dengan dingin tanda membantah. wendy hanya mendiamkan diri. Digagahinya juga untuk duduk.


'Aku tak suka duduk sebelah pempuan la cikgu!!!!!!!!!!!!', bentak wira dengan kasar. seluruh kelas memandangnya.
'Ini arahan wira!!!', tegas cikgu shera dengan lembut.
wira menjeling geram ke arah wendy.


sepanjang kelas..wendy hanya berdiam diri, dia langsung tidak memandang wira. sedangkan hampir setiap masa wira memandang wendy. dia berasa curiga dengan gadis itu. wira menyandar ke dinding dan menghala badannya supaya wendy berada di hadapannya.. ketawa kecil.. wira sedikit sebanyak  berasa bangga kerana wendy langsung tidak membantah apa yang dilakukannya. Pada sangkaan wira pastilah wendy berasa takut kepadanya.


Hari kedua wendy ke sekolah... juga tiada apa yang berbeza, wendy langsung tidak bertegur dengan siapa-siapa, hanya senyum manisnya sahaja yang mekar di wajahnya. pelajar lain tidak menganggap apa-apa yang negatif, mungkin wendy masih berasa segan dengan mereka. masuk hari kedua sahaja, wira sudah bengang dengan kelakuan wendy, kerana tidak mengendahkan dirinya...........
'weeeeei!! wendy!!! ko ni bisu ke???, aku yang duduk kat sebelah ko ni langsung ko tak tegur ya.... aku wira tau, semua orang kenal aku, kalau ko nak tahu, aku ni samseng kat sekolah ni.. yang ko berani g duduk sebelah aku tu apehal???!!!'... wira meninggikan suara.


Wendy tetap diam.........pelan-pelan dia menundukkan wajah.



'kalau ko nak duduk sebelah aku ko kena hormat kat aku!!!, faham!!..'
wira menolak wendy.. wendy tersungkur. Air matanya mengalir, namun tiada bicara yang keluar, yang ada cuma suara kecilnya sahaja. Wendy menangis.


'wei!, wira.. kalau ko nak tunjuk ko tu samseng pun.. bukan ngan pempuan la, tunjuk kat aku...' Iman selaku ketua tingkatan bersuara.
belum sempat wira bertindak lebih jauh, cikgu Tai heng masuk ke kelas tersebut. Iman membantu wendy bangun. Perkara itu didiamkan Iman kerana wendy memberikan isyarat.
kelas diteruskan seperti biasa.
Seminggu telah berlalu, wira semakin berasa pelik dengan sikap wendy yang lebih suka bersendirian dan tidak ingin bersuara.

wendy cuma menghabiskan masa dengan Iman sahaja.


............................


'wendy, awak boleh tahan ke duduk dengan wira tu, kalau tak boleh..kita boleh tukar tempat duduk'... suatu hari Iman bersuara. wendy hanya tersenyum dan menggelengkan kepala. Matanya liar memerhatikan pelajar-pelajar yang berduyun-duyun di kantin sekolah. Di suatu sudut dia terpandang seseorang, seseorang itu juga memandangnya. wendy tersenyum, namun senyuman itu langsung tidak terbalas. Wira melangkah pergi apabila sekumpulan lelaki lain datang kepadanya. Dia memandang wendy sebelum melangkah.


Wendy tenggelam dengan bayang-bayang wira, cerita Iman langsung tidak didengarinya. 'wendy!!! waaaaaaaaaaaaaaaah, menghayal jauh nampak? dah sampai ke bulan ke???' sindir Iman, perasan perlakuan wendy yang tidak mengambil perhatian. Wendy memaniskan muka. Iman memuncungkan mulutnya. mereka makan bersama. Iman membawa nasi goreng yang dibuat oleh ibunya manakala wendy hanya membeli di kantin sekolah tersebut.


'Riiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing.....', loceng sekolah dibunyikan. Wendy dan Iman berkemas untuk masuk ke kelas. Wendy menapak masuk. kosong, meja wira kosong. Serta merta gadis sino itu mengerutkan dahi. Sambil menarik-narik mulutnya ke kiri. Dia berfikir. selalunya pada waktu-waktu begini wira sudah duduk dalam kelas, berlagak dingin atau tidur. itu sahaja kebiasaannya.


Wendy melabuhkan punggungnya di kerusi getah itu. Wira masuk kelas, kelam kabut. Agak kalut. Wendy berpura-pura tidak melihat, padahal kesan lebam di wajah wira jelas kelihatan.


Iman memandang mereka. Wira buat tidak tahu sahaja. wendy juga bersikap sedemikian. Dalam hati wendy timbul satu persoalan, mengapa wira ada kesan lebam di wajahnya, adakah ia berkaitan dengan sekumpulan lelaki yang mendekatinya pada waktu rehat tadi... Wendy membetulkan cermin matanya, dia menumpukan perhatian ke hadapan kelas apabila guru masuk. Wendy juga memberikan isyarat yang sama kepada Iman. 'Kelas...............' Iman memberikan arahan kepada kelas untuk memberikan hormat kepada cikgu.


........................


Cepat sahaja masa berlalu, wendy terpaksa berjalan sendiri apabila Iman terpaksa menghadiri mesyuarat MPP sekolah. Wendy menyandang begnya, di pintu gerbang sekolah kelihatan sekumpulan pelajar tadi. Mereka berkumpul, salah seorangnya memegang bola. 


'bola?? bola kerangjang?'.. wendy memerhati cuma. Dia berlalu tanpa menoleh.
'weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeei, awek wei...' salah seorang daripadanya bersuara.
kemudian salah seorang daripadanya pula menghalang jalan wendy.


wendy tersentak apabila tangannya ditarik. Untuk menjerit dia tidak mampu.
'apa ni??!!' suara itu, dikenalinya.
'wira??'.. wendy membulatkan mata.


'wei!! kalau nak gaduh, gaduh ngan aku la'.. ape kacau awek aku lak ni?'. wira menunjukkan wajah garang. 'tak cukup lagi ke aku belasah korang tadi??,.


'weeeeeeeei, geng! bla! bla! bla!....................' kapten bola keranjang sekolah tersebut memberikan arahan.


..........


'huuuuuuuuuuuuuu, buat aku tak puas hati je...' marah wira.
'eeeeeeeeeeeeeem!!!' wendy mencuit wira sambil  menyerahkan sekeping kertas puple.
'apehal pulak ni.........................., wira menggaru kepala...'
'nota'.... sekeping nota..
'Terima Kasih'..
wira keliru...
'susah ke nak ucap sendiri???!!!' , wira meninggikan suara tanpa melihat wendy.


Wendy tunduk. 'dah! aku nak balik, ko nak aku hantarkan tak?, kalau nak jom, kalau taknak takyah!...' kasar suara wira.

wendy tersenyum.... 
Kembang hati wira melihat wendy tersenyum sebegitu rupa.. dia tergamam seketika. wira menggeleng-gelengkan kepala.
'apehal aku ni....!!!!', dia marah sendirian.
wira melangkah, wendy mengekori dari belakang..


Wira mula menapak, wendy mengekori.. wira berhenti, wendy berhenti....
'hey!! makcik!! tak boleh ke ko jalan sebelah aku'.. kang aku tingal ko kang, padan muke ko nanti....' wendy melangkah perlahan.
'apehal.. apehal..' perkataan ini sudah sebati dengan wira. 'apehal'

'okey! jom!'...


'ko ni bisu ke?? aku je yang bercakap dari tadi, ingat aku ni tunggul ke?'. wira merungut.
wendy berhenti menapak, wira juga berhenti menapak secara langsung..
'apesal?', wira bertanya, di sebelahnya adalah banglo tiga tingkat. 'rumah ko?'. wendy mengangguk. wira senyap. 'okeylah, masuk..., jumpa esok'.. pendek nada wira. Wira mula melangkah.... wendy menarik begnya, wira terhenti, dia menoleh......
'apehal?!!!!! ape lagi.............................' kata wira.
wendy menyentuh lebam di wajah wira dengan lembut..
wira tergamam lagi...
suasana terhenti seketika. Pelik, itu sahaja perasaan wira.



'hey!!!!!!!!!!!!! ape ko buat ni, ko tak tahu ke, aku ni pernah sepak terajang pempuan???................' merah muka wira.
wendy tersenyum.. 'aik! ko berani senyum lagi ye...., dah! g masuk!...' wira terus berlalu pergi.Mula-mula dia melangkah perlahan, kemudian dia berlari.........wendy hanya memerhati dari jauh, sehingga bayang-bayang wira lenyap. Gadis itu masih merenung, sempat juga mengeluh.



'hu..hu..hu....', wira cuba mencari ruang untuk bernafas.. 'kenape aku ni? demam ke?, cam tak betul je'... nafas wira masih tersekat-sekat.
'apesal aku ambik berat dengan budak wendy tu???'. Peluh mengalir di dahi wira. Dia meneruskan perjalannya..........


...............................


Sesampai di rumah, wira terus sahaja mandi.Biar lesap semua kepenatan yang dialaminya. Lebamnya dituam. Wira hanya tinggal seorang diri. Wira tidak mempunyai saudara-mara selain ibunya, tetapi semenjak ibunya meninggal dunia, wira tinggal seorang diri. Padanya.............kehidupan ini bukanlah untuk menjadi lemah lembut, nanti akan dipijak. kerana itulah dia sengaja berkelakuan kasar. Sedangkan di dalam hati dia seorang yang sangat penyayang. Sukakan budak-budak dan kucing.



'Pak!!!!!!!!!!!!!!', jendela rumahnya dilempar. 'bola keranjang??'...... wira menumbuk dinding. 'tak guna'... fikiran wira segera mengingati peristiwa siang tadi,.................
Lee, kapten bola keranjang sekolah bersama ahli lain mendekati wira. wira memandang wendy, seribu pertanyaan bermain dikepalanya... 'siapa wendy?', 'Mengapa aku seperti pernah mengenalinya?'.......


'wira..................!', wira memaling. Lee tersengih. 'aku nak ko masuk balik team basketball sekolah ni............'
'aku tak berminat lagi.............., aku dah lama berhenti bermain............' wira berkata dengan baik.
'ikut kami...' kata Lee.
wira memandang mereka, dia berdiri dan mengekori dari belakang....


'mengapa mesti berkumpul disini?', soal wira.
'ko tak rasa ke, court ni kehidupan ko?', Lee menekan.
'aku dah berhenti Lee................', keras suara wira.
'ko dah lupa jimie?', Lee mengancam.
wira merenung tajam...


'aku kan dah berhenti dengan basketball! korang tak faham ke?!,' wira menjerit dan melangkah..
'aku tahu,ko masih nak bermain lagi..kan?...........', cabar Lee.
'ko nak kecewakan harapan jimie ke?'.
'hey!!!!!!!!!!!!', Lee memanggil sambil membaling bola kepada wira. Tepat pada bahu kanan wira.

'wira!...., wira!....' mereka menyebut nama wira... mula-mula Lee. kemudian diikuti oleh yang lain..


'wira!..'
'Wira!..'
'wira...'
'wira...wira..wira...wira.....................'


'Aaaaaaaaaaaaaaaaargggggggggggh!!!!!!!!!!!!!!, cukup!!!!!!!!!!!!!!!!!!', jerit wira sambil menumbuk wajahnya sendiri..
mereka tersentak.
senyap.............
.................


Wira mengengam buku limanya..., dia memandang bola yang berada di halaman rumahnya. Peristiwa siang tadi masih segar di mindanya.



....................


'hahaha', gelak ketawa jimie kedengaran. Dia berasa sangat puas hati dengan perlawanan pada petang itu. Jimie adalah ketua pasukan team basketball sekolah. Jimie cekap mengatur strategi. Lee dan wira pula adalah pemain utama team mereka. Ketiga-tiganya sangat lincah di gelangang. Bukan sahaja sebagai kapten, jimie itulah satu-satunya sahabat baik wira. Mereka sering menghabiskan masa di bendang, kalau hari hujan, mereka pergi menangkap ikan di bendang. Atau bermain lumpur, kadang kala lintah melekat pada betis mereka.



Adakalanya jimie akan bermalam di rumah wira. Mereka antara pelajar terbaik di sekolah. jimie sering bercerita mengenai keluarga besarnya. dia sangat rapat dengan seorang sepupu perempuannya. sebaya mereka. 'kalau ade peluang, aku kenalkan ko ngan adik', itulah gelaran jimie kepada sepupunya. wira sengih... 'aku tagih janji ko tu jimie, baru ko tau......' 


Mereka juga berkongsi minat yang sama, bermain alat muzik. Jimie sangat berbakat dalam seni. Menubuhkan band di sekolah.



Di sekolah, mereka antara pelajar yang mengharumkan nama sekolah. Menjadi perhatian guru-guru dan pelajar perempuan. Mereka sangat terkenal dalam sukan permainan bola keranjang.
'wira!.... bola keranjang ni dah boleh jadi nyawa aku dah....' jimie senyum. matanya turut tersenyum. ' dah bertahun-tahun aku kenal sukan permainan ni'. jimie menambah.


'heei!! jimie pempuan ni sape aa????............' wira bertanya seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan jimie sebentar tadi.


'mane??................laaaaaaaaaaaaaaaaaa, tu la adik...' dia lawa kan?'.. mereka tersengih. 'hahaha', jimie ketawa lagi..



Kebiasaannya pada setiap petang, team basket ball sekolah ini akan turun traning di  padang sekolah. 
Semua pemain sudah bersedia di gelanggang, kecuali wira.
'Lee, wira tak sampai lagi ke?...........' jimie mengerutkan dahi.
'tak lagi la jim....'.. Lee menjawab sambil mengikat tali kasutnya.


Dari jauh kedangaran bunyi tapak kaki. berlari....
'weeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... sorry! sorry! sorry!... , aku tertido kat bilik kelab tadi, letih sangat...' wira cuba mengambil ruang untuk bernafas.


'okey! jom main.....', wira, jessy mane?'... jimie bertanya.
wira menepuk dahi.. 'opppppppppppppppppppps!! aku lupe la pulak, kat rumah aku la jimie...' huhu... wira masih mencari ruang untuk bernafas dengan selesa.



'takpe, aku pegi ambikkan...', jimie menawarkan dirinya.
'boleh ke???.................
'boleh je, tengok ko cam ni.. aku tak confident ko boleh lari ke rumah ko tu wira', hahahaha', jimie tergelak. 
'okey.... jumpa nanti..., korang try shut dulu...'


Satu jam berlalu, jimie masih belum kelihatan lagi, sedangkan rumah wira bukanlah jauh mana dari sekolah itu. 'mane jimie ni.....', pasukan itu sudah mula gelisah. mereka duduk dalam bulatan, dengan harapan jimie akan muncul sebentar sahaja lagi.

Tiga jam berlalu, 'ni dah kes teruk ni, aku pegi check jimie dulu........' , tanpa menunggu respon kawan-kawan yang lain, wira terus  berlari. Lee mengekorinya dari belakang. 'kite pergi sekali'...


Sesampai di rumah wira, tiada kesan apa-apa pun yang menunjukkan jimie pernah sampai ke tempat itu. Bips basket ball itu masih dalam kedudukan yang sama. Mereka berasa pelik. Apa yang terjadi kepada jimie. Bips  itu dicapai wira. mereka kembali ke gelanggang.
perjumpaan team itu dipendekkan waktunya dari biasa. Wira ingin pergi ke rumah jimie. 


wira melangkah kemas, Disisinya bola keranjang jimie. Di fikirannya juga timbul beribu pertanyaan. 'Kosong...?', rumah jimie kosong... wira duduk di tepi pagar rumah jimie. Dia bersandar. dipeluknya bola keranjang jimie. Dia terlena....


'tut!... tut!.. tut!..' hon kereta itu menyedarkan wira. wira melihat sekeliling, hari mulai gelap. Bunyi hon tadi adalah bunyi hon kereta jiran yang tidak berapa jauh dari rumah jimie. Rumah jimie masih juga kosong.. gelap, tiada sebarang tanda.. lampu rumah itu dihidupkan.. wira menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia bangun dan melangkah.


.........................


Wira mengigit bibir... air matanya merembes keluar. Cepat-cepat wira menggosokkan matanya, bola itu masih diperhatikan. di atas bola itu, tertulis nama jimie. Wira mengengam buky limanya. Dia menutup tingkap dan menarik selimut. Wira tertidur bersama kenangan itu.


******************


Wendy tersenyum kepada wira. Wira buat endah tidak endah sahaja. Perempuan itu sudah semakin berani untuk senyum sesuka hatinya kepada wira. Wira tidak lagi kerap memandang wendy. Sedangkan wendy, setiap kali wendy terpandang wira , senyumannya pasti menguntum.
'ko ni gile ke?..', sindir wira.
'pandang aku ..ko senyum.... aku pandang ko..ko senyum juga..., ko tak boleh bercakap ke?..'. wira memeluk tubuh.
Iman memandang ke arah mereka apabila terdengar suara kasar wira. Iman menutup buku kehadiran guru dan berjalan ke arah mereka.


'wendy, petang ni... nak pegi pekan buku...., komik dan novel baru dah keluar..., nak pegi tengok  tak?' . Iman pelawa.
wendy mengangguk sambil tersenyum..
'aku nak join juga'.. wira tiba-tiba bersuara. Iman agak terperanjat.
'ko tak takut ke jalan ngan aku wira???.'.. Iman menduga.


Wira senyum sinis. Iman memandang menyindir. Wendy senyum sambil wajahnya agak berkerut. serba salah. Namun genggaman tangannya erat, dihujung bibir terserlah senyum kecilnya.

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran Iman kerap menjeling wira. Wira buat tidak tahu sahaja padahal dalam hati dia ketawa besar kerana berjaya membuatkan Iman berasa tidak puas hati.


'Riiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiing....' loceng penamatan masa persekolahan kedengaran. seperti yang dijanjikan, mereka bertemu di kedai pekan buku di pekan yang berhampiran. Banyak buku baru dipamerkan. Iman dan wendy berasa teruja. wira memandang kebosanan, entah mengapa dia tergerak untuk menyertai kedua-dua rakan sekelasnya itu. dia memandang wendy.. anak matanya terus mengekori wendy. Mengapa? wendy menandang ke arah wira, spontan itu wira memandang ke tempat lain. Wendy tersenyum. Wira cuba bersiul-siul kecil dan membelek-belek buku. Berpura-pura menunjukkan muka tidak berminat.



'eemm!!!!...............' , wendy menyerahkan sebuah buku bertajuk penguin kepada wira. Iman tergelak. Dalam banyak-banyak buku. Buku penguin juga pilihan wendy kepada wira. Wira masih tidak mempedulikan mereka. Wendy memegang tangan wira, dipaksa memegang buku yang bertajuk penguin itu. Iman tersengih.
Iman membeli tiga buah buku. Manakala wendy membeli lima buah buku, termasuk 'Penguin' yang berada di tangan wira.


Wira membelek-belekkan buku tersebut. Apa istemewanya buku tersebut. 'dia ingat aku ni penguin ke??, huu............ tak patut betul la...'. wira marah dalam hati. Terbayang dirinya berjalan seumpama penguin. Kalau begitulah caranya untuk berjalan ke sekolah, nampaknya wira terpaksa menumpang kenderaan orang lain. Wira menggelengkan kepala, tidak tahu... hendak senyum atau keliru.



'jom g minum jap...', Iman pelawa. 
'Ko tak takut ke aku racun ko man...............', wira mengangkat kening..


***************



Hari minggu ini wira hanya duduk di rumah sahaja, kerja sambilan yang dilakukannya itu tidak memerlukan dia berkerja pada hari tersebut. wira mencapai buku penguin. Dia cuba membuka lembaran pertama, namun pancaran wajah mengejek Iman menerpa di ingatannya. Selepas ketiadaan jimie, Imanlah satu-satunya pelajar yang berani mendekatinya seumpama itu. wira meletakkan buku penguin itu kembali. dia mencapai remot TV. dan menonton. sekejap sahaja dia terlena.


Wira bangun dan bersiap untuk keluar, dia melepak di taman permainan. Pandangannya tertumpu kepada sekumpulan pelajar sekolah rendah yang sedang bermain bola keranjang di gelanggang berhampiran. Wira terpaku, seolah-olah bayangan jimie menjelma dihadapan. Melontarkan bola tinggi kepadanya. Berat keluhan wira. Dia mengalihkan pandangan, buku bertajuk penguin itu erat dalam tangan. Perlahan-lahan dibacanya.


*************************

Wira melangkah melepasi gerbang sekolah. Buku penguin dibawanya bersama, entah apa kaitannya memberikan buku tersebut kepadanya, pasti Iman akan mengetawakannya lagi jika mendapati buku itu dibawa bersama. Kerusi wendy kosong, gadis itu belum masuk ke dalam kelas. Separuh masa kelas sudah bermula. Wendy masih belum juga masuk ke dalam kelas. Wira tertanya-tanya tetapi engan bertanya. Iman diperhatikannya hanyalah berlagak seperti biasa.



Ketidakhadiran wendy mengundang tanda tanya wira, mungkinkah wendy kurang sihat? Tiada jawapan untuk itu, semuanya hanyalah andaian. Keesokkan harinya, wendy masih tidak datang ke sekolah. Wira sengaja melalui jalan menghala ke rumah wendy. 'For Sale'.., Wira semakin keliru. Kurang dari dua minggu wendy berada di kelas peralihan untuk memasuki Universiti, kini wendy tiba-tiba menghilang. Rumahnya juga kosong. Wendy berpindah ke mana?


"Magical Template" designed by Blogger Buster